Kota Samarahan | 14 Februari – Majlis Belia Malaysia (MBM) meneroka peluang kerjasama strategik bersama Pusat Kelestarian Universiti (USC), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam usaha memperkukuh pembangunan mampan dan kelestarian, khususnya di Borneo.
Cadangan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara MBM dan UNIMAS turut dibincangkan bagi menjayakan program berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada masyarakat.
MBM dalam pertemuan ini diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Sdr. Ahmad Farhan Rosli.
Sementara itu, pihak UNIMAS diwakili Pengarah USC, Prof. Madya Dr. Rafeah Wahi. Turut serta, Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri, Masyarakat dan Kelestarian), Prof. Madya Ts. Noraziah binti Datuk Haji Abdul Wahab, serta bersama wakil-wakil USC.


