MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM terkait dengan isu “Message Blasting” sempena PRN-15

Majlis Belia Malaysia (MBM) terpanggil untuk menjawab isu berkenaan suatu hantaran pukal Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) “message blasting” yang seakan-akan mengaitkan MBM dalam hantaran yang bersifat provokatif dan menghasut.

MBM ingin menegaskan bahawa hantaran tersebut BUKAN bersumberkan daripada pihak MBM atau mana-mana pertubuhan belia yang bergabung dibawah MBM.

Justeru, MBM mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang berniat jahat dan tidak bertanggungjawab oleh mana-mana pihak sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri ke-15 ini. Malah, sebarang usaha kempen yang bermatlamat memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan rakyat juga harus dielakkan oleh semua parti politik.

Seterusnya, MBM akan mengambil tindakan lanjut dan suatu laporan polis akan dilakukan dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang salah guna nama yang mengaitkan pihak MBM dengan keadaan yang tidak bertanggungjawab.

MBM menyeru kepada semua parti-parti politik yang bertanding agar sentiasa berkempen secara matang dan sihat serta mengelakkan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang negara.

MBM juga menyeru kepada seluruh Warga Belia Malaysia yang layak mengundi untuk turun mengundi pada 12 Ogos 2023 nanti.

MOHD IZZAT AFIFI ABDUL HAMID

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 5 Ogos 2023

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »