Kuala Lumpur | 17 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan daripada Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam usaha merangka kerjasama dalam membentuk belia yang mampu mencorak landskap belia yang lebih positif di masa hadapan.
Dalam pertemuan ini, deligasi IPDM yang diketuai pengarahnya, Prof. Dr. Muhammad Fuad Othman yang menyatakan kebimbangan beliau terhadap beberapa isu berkaitan belia di Malaysia terutama berkaitan literasi politik dan pendidikan. Dalam pada itu, beliau melihat MBM mampu menjadi institusi yang pling sesuai menjuarai isu semasa belia yang lain seperti pekerjaan dan penggajian yang bermaruah.
Beliau menyatakan hasratnya kepada Presiden MBM, Sdr. Izzat Afifi Abd Halim dalam kesediaan berkerjasama dalam menyediakan tenaga pakar termasuk ahli akademik untuk diadakan program dan kajian terhadap isu serta pembangunan belia di Malaysia.
Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun menyambut baik hasrat yang diutarakan oleh pihak IPDM dan menyatakan kesudian untuk berkerjasama bersama pihak IPDM.
Turut bersama deligasi IPDM adalah Felo Penyelidik IPDM, Dr Herman Shah Anuar.