MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Terima Kunjungan Hormat MPP UUM

KUALA LUMPUR | 22 Mac 2025 — Majlis Belia Malaysia (MBM) menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Utara Malaysia (UUM) di Pusat Belia Antarabangsa (IYC).

Kunjugan hormat ini bertujuan untuk mempererat hubungan antara MBM dan MPP UUM melalui cadangan Program Kepimpinan Belia yang mengasah kepimpinan dan inovasi mahasiswa.

Menyambut kehadiran delegasi tersebut, Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, serta Setiauasaha Agung MBM, Sdr. Farhan Rosli dan Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin.

Mengetuai kunjungan tersebut, Sdr. Mohd Amar Aidid bin Mohd Zain, Yang Di-Pertua MPP UUM dengan disertai oleh seramai 40 orang barisan kepimpinannya.

Pertemuan ini bagi mengukuhkan sinergi antara MPP UUM dan badan induk pertubuhan belia serta membuka ruang seluasnya kepada mahasiswa untuk terlibat didalam pertubuhan belia sebagai pelapis kepimpinan dibawah 30 tahun.

MBM berharap kerjasama ini akan membuka lebih banyak peluang untuk program pembangunan belia yang holistik dan menyumbang kepada pembangunan negara.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »