Kuala Lumpur | 5 November – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan hormat daripada Delegasi Academy of Youth Diplomacy Republic of Tatarstan bertempat di Wisma MBM, Cheras.
Menyambut ketibaan delegasi tersebut, Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid; Presiden, Sdr. Syafiq Ridzwan; Penolong Ketua Penerangan dan Sdr. Ismail Mahyudin; Exco.
Hadir mengetuai kunjungan ini, Mr. Timur Suleymanov ; Pembantu kepada Presiden Republik Tatarstan merangkap Ketua Gerakan Awam-Negara Se-Rusia bagi Kanak-kanak dan Belia di Republik Tatarstan.
Antara perkara dibincangkan adalah mengenai ruang kerjasama pengantarabangsaan belia, bertukar pandangan mengenai kaedah tadbir urus persatuan dan pembangunan belia.