MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM terima Global Inspiration Award: Bringing Light to the World 2024 Yayasan Ammirul Ummah

KUALA LUMPUR 16 Disember – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Exco MBM, Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi telah menghadiri Majlis Pelancaran Program Sayangi Al-Quran anjuran Yayasan Ammirul Ummah (YAU) bertempat di Hotel Grand Barakah.

Majlis yang dihadiri oleh lebih 300 tetamu itu turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat termasuk Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Pada majlis ini, MBM telah menerima Global Inspiration Award: Bringing Light to the World 2024.

Sebanyak sejuta Al-Quran disasarkan untuk diagih sempena penganjuran program ini. Program Sayangi Al-Quran memfokuskan kepada penyaluran wakaf Al-Quran kepada komuniti yang memerlukan, manakala program Satu Juta Bisa Baca Al-Quran (SAQURA) bertujuan mendidik dan membimbing satu juta individu untuk membaca dan memahami Al-Quran dengan lancar.

Untuk rekod, YAU merupakan salah sebuah rakan strategik MBM dalam menggerakkan program dan misi-misi bantuan sebelum ini.

Majlis turut dihadiri oleh wakil-wakil dari Indonesia, Thailand dan Sri Lanka.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »