Kuala Lumpur | 25 Mac – Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Usaha Sama Strategik (MoU) diantara Bank Islam dan Majlis Belia Malaysia (MBM) bertempat di Menara Bank Islam.
MoU tersebut disempurnakan oleh Datuk Syed Osman, Exco MBM dan Tuan Haji Mohd Nazri Chik, Pengurus Besar Strategik Bank Islam.
Majlis MOU telah disaksikan oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM dan En Mohd Muazzam Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam.
Turut hadir, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Nazri dan Kavita Maheendran, Exco MBM.
Majlis tersebut diadakan bagi mewujudkan kerjasama yang lebih erat bagi membantu para belia mendapat manfaat yang ditawarkan khususnya dalam bidang perniagaan.