Bukit Jalil | 21 Januari 2022 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyampaikan sumbangan kepada atlet Malaysia yang terkesan akibat banjir melalui Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN).
Sumbang tersebut telah diserahkan kepada Tuan Suhardi Alias, Timbalan Ketua Pengarah MSN (Pembangunan Sukan). Sumbangan ini adalah kerjasama daripada MBM, Yayasan Ammirul Ummah, Malaysia Outreach Volunteer Exprience (MOVE) ,Persatuan Peduli Insan, Yayasan Pembangunan Niaga Kebangsaan, Majlis Belia OKU Malaysia (MBOKU) dan Relawan Untuk Malaysia (RuM).