MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Sokong Latihan Tunas Kepimpinan Majlis Belia Hindu Hadapi Transisi 2026

Langkawi | 13 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) merakamkan penghargaan kepada Majlis Belia Hindu Malaysia atas inisiatif menganjurkan Kursus Kepimpinan Organisasi yang berlangsung di Pusat Latihan Kenegaraan Langkawi dengan sokongan Akademi Kenegaraan Malaysia.

Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid turut hadir meninjau dan merasmikan pelaksanaan kursus ini yang dirangka khusus sebagai persediaan transisi kepimpinan menjelang tahun 2026 dibawah kepimpinan Sdr. Anandan, Presiden Majlis Belia Hindu Malaysia (HYO).

Kursus yang menghimpunkan seramai 50 peserta ini menjadi bukti kesungguhan badan gabungan MBM dalam menyiapkan barisan pelapis yang bersedia menyahut dasar had umur 30 tahun bagi kepimpinan belia, bermula 1 Januari 2026.

MBM komited untuk terus memperkukuh ekosistem latihan kepimpinan belia di semua peringkat agar agenda pembangunan generasi pewaris negara dapat terus digerakkan dengan tersusun, mampan dan inklusif.

Kepada para peserta, yakini bahawa setiap langkah kecil hari ini sedang membuka jalan kepada tanggungjawab besar esok. Kepimpinan bukan tentang kedudukan, tetapi tentang khidmat dan kejujuran pada amanah. Terus melangkah, kerana negara ini menanti sentuhan kalian.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »