MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM sertai perbincangan dan sidang media bantahan berhubung keputusan kabinet menggugurkan peruntukan larangan tembakau dan vape generasi akhir (GEG)

KUALA LUMPUR 29 Dis – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini menyertai sesi perbincangan dan sidang media bagi menyatakan bantahan berhubung keputusan kabinet yang memutuskan untuk menggugurkan peruntukan larangan tembakau dan vape generasi akhir (GEG) daripada Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 baru-baru ini.

Sidang media yang diadakan di Pusat Belia Antarabangsa ini diketuai Persatuan Pelajar Kesihatan Awam Universiti Malaya (UM) selain Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Pertubuhan Wanita Malaysia untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH), Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (i-MEDIK) dan The Good Society (IIUM).

MBM diwakili Setiausaha Agungnya, Sdr. Hasnul Hanif Harun.

Hadir sama Dr. Aiman (UUMPHS), Prof. Rafidah Hanim (I-Medik), Cik Zety Rania (IIUM Good Society), Encik Rashdan (Pertubuhan Ibu Bapa Mencegah Rokok dan Vape Kuala Lumpur) dan Encik Yao (UM GEG Trainer).

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »