Zoom | 22 Februari – Saudari Nurul-Huda Mohamed Afandi, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Mesyuarat Kluster Infrastruktur Digitial dan Data, Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara.
Saudari Nurul merupakan wakil tetap MBM dalam Majlis Ekonomi Digital. Ia merupakan suara wakil belia dalam platform penting sebegini.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia dan dihadiri wakil daripada pelbagai Kementerian, Agensi dan NGO. Mesyuarat membincangkan 2 agenda utama Pusat Internet Komuniti dan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCCS). Turut dibentangkan Pelan 5G.