MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Sertai KJOM Bersama YBTM Di Sik

18 Julai 2025 | Sik

Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai Program Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM) 2.0 Zon Utara yang berlangsung di Kampung KEDA Sungai Senam, Sik, Kedah semalam. Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini menghimpunkan penyertaan belia dari tiga negeri iaitu Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Turut hadir memeriahkan program ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli, yang mengambil peluang beramah mesra bersama keluarga angkat dan masyarakat kampung dalam suasana mesra dan santai.

MBM diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Saudara Farhan Rosli serta Exco MBM, Saudara Syahir Razak.

Selesai program, MBM turut meluangkan masa beramah mesra bersama kepimpinan Majlis Belia Negeri (MBN) Kedah dan Majlis Belia Daerah (MBD) Sik. Sesi santai itu diserikan dengan menikmati durian hasil dusun rakan-rakan belia setempat, sekaligus mengukuhkan lagi silaturrahim antara pemimpin belia nasional dan komuniti belia akar umbi.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »