MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM sertai Karnival dan GEGAR-RUN

KUALA LUMPUR 11 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai Karnival dan Larian Generational Endgame Anti Rokok Run atau Gegar-Run yang berlangsung di Dataran DBKL Jalan Raja Laut di sini.

Majlis pelepasan (flag-off) telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Program ini dianjurkan oleh Pertubuhan Wanita Malaysia untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dengan sokongan Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan serta MBM

Inisiatif ini bertujuan menumpukan kepada aktiviti mempromosikan amalan tidak merokok dalam kalangan masyarakat terutama kepada Generasi Penamat atau Generational Endgame #GEG.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Jana Santhiran Muniayan; Naib Presiden MBM, Datuk Syed Osman Mohamed; Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun; Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan Sdr. Naseer Mohamed; Presiden GEPIMA Sdr. Ibrahim Mohamed dan ahli-ahli gabungan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »