Pulau Pinang | 16 September 2025 – Sempena sambutan Hari Malaysia, Majlis Belia Malaysia (MBM) merakamkan penghargaan atas penganjuran Himpunan Pendekar MADANI yang memartabatkan silat sebagai warisan bangsa serta menyemarakkan semangat juang anak watan.
Majlis ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia serta beliau turut mengumumkan peruntukan bagi menyelaras aktiviti silat di seluruh negara di bawah payung Pendekar MADANI.
MBM, yang diwakili oleh Presiden Sdr. Mohd Izzat Afifi bin Abdul Hamid, melihat inisiatif ini bukan sekadar mengangkat silat sebagai seni bela diri, tetapi juga sebagai wahana membentuk disiplin, memperkukuh perpaduan dan membina jati diri bangsa.








