PUTRAJAYA 27 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyerahkan surat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Kesihatan Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkenaan gesaan tindakan penguatkuasaan kepada syarikat perniagaan dalam talian yang terlibat.
Serahan tersebut telah disampaikan oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM bersama Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.
Surat tersebut telah diterima oleh wakil kementerian dan agensi berkenaan iaitu Encik Yunus Tasnim, Ketua Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP, Encik Za’aba Haji Abu Bakar, Pegawai Penghubungan Awam KKM dan Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, Pengerusi SKMM.
MBM mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak berkenaan atas kesudian menerima kunjungan dan penyerahan surat daripada MBM ini.