KUANTAN 21 Dis – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid telah mengadakan lawatan prihatin ke Pahang serta menyempurnakan penyerahan sebanyak 32 pek bantuan berupa kit kebersihan dan pakaian dalam bagi meringankan beban mangsa banjir yang terkesan.
Penyerahan pek bantuan tersebut telah disampaikan kepada Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) di Pejabat MBN Pahang sebelum proses agihan dilaksanakan secara berperingkat ke beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar Kuantan yang terjejas akibat musibah banjir.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan MBM dalam memainkan peranan sebagai rakan strategik komuniti, khususnya dalam menggerakkan solidariti belia bagi membantu mangsa bencana.
MBM turut merakamkan penghargaan kepada MBNP serta para sukarelawan belia yang bertungkus-lumus memastikan bantuan disalurkan dengan pantas dan berkesan kepada golongan yang memerlukan.
Kredit gambar : @MBNPahang


