MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Santuni Mahasiswa UUM Melalui Program Campus Reach Out

Sintok | 16 Disember 2025 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menjelajah ke utara Semenanjung menerusi Program Campus Reach Out yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Program dimulakan dengan aktiviti riadah petang melalui kayak di Tasik Sime Darby, sebelum diteruskan dengan sesi temu belia bertemakan “Advokasi dan Aktivisme: Belia Sebagai Nadi Solidariti Global”. Program ini berjaya menarik penyertaan seramai 100 orang peserta dalam kalangan mahasiswa.

Hadir sama dalam program ini ialah Sdri. Jessy Nga Chor Eng, Penolong Setiausaha Agung MBM, bersama Exco MBM Sdr. Amirul Safar dan Sdr. Syahir Razak.

Turut hadir Ustaz Yusnaidi bin Md Sabri, Pengarah Pusat Islam UUM, serta Sdr. Amir Mursyidi, Presiden Majlis Belia Negeri (MBN) Kedah bersama barisan kepimpinan.

Program Campus Reach Out bertujuan membuka ruang penglibatan mahasiswa dalam kepimpinan belia sebagai pelapis kepada generasi kepimpinan negara pada masa hadapan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »