Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik pelantikan semula Dato’ Dr. Wasitah Mohd Yusof sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) seperti yang diumumkan hari ini.
Pelantikan ini sudah pasti mengambil kira semua aspek dan melalui proses serta pertimbangan tertinggi pihak Kementerian.
MBM mengalu-alukan pelantikan tersebut memandangkan beliau merupakan individu yang berpengalaman, memahami aspirasi belia dan paling hampir dengan pergerakan belia.
Lebih dari itu, track record beliau juga amat baik ketika mengemudi Rakan Muda, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan beberapa agensi lain-lain.
MBM percaya pelantikan ini dapat melancarkan segala perancangan dan gerak kerja di pihak KBS yang telah disusun sebelum ini.
MBM berharap agar dapat terus bergerak bersama pihak Kementerian sebagai rakan kongsi pembangunan belia dalam menghakupayakan belia di semua lapangan dan membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19 selain menghasilkan idea-idea baharu yang lebih inovatif untuk belia dan Negara.
Selamat kembali bertugas Dato’ Dr. Wasitah!
WAN MOHD HUSNI ABDULLAH
Ketua Penerangan
Majlis Belia Malaysia
Bertarikh : 26 Julai 2021