MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Sambut Baik Kepimpinan Baharu KBS, Tekankan Agenda Belia Berpaksikan Realiti

Majlis Belia Malaysia (MBM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Dr. Mohammed Taufiq Johari sebagai Menteri Belia dan Sukan serta YB Mordi anak Bimol sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan atas pelantikan menerajui Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Pelantikan ini hadir ketika belia negara berdepan cabaran besar termasuk kos sara hidup, kebolehpasaran graduan, perubahan dunia kerja dan isu kesejahteraan mental.

Sehubungan itu, MBM berharap kepimpinan baharu KBS dapat memastikan agenda pembangunan belia kekal relevan, berpaksikan realiti sebenar anak muda serta berteraskan dasar berasaskan data dan suara akar umbi.

MBM menegaskan keperluan untuk memperkukuh peranan pertubuhan belia sebagai rakan strategik kerajaan dengan penekanan kepada agenda ekonomi belia, pekerjaan bermaruah dan pembangunan yang inklusif merangkumi semua lapisan belia.

Dalam masa yang sama, MBM merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YB Hannah Yeoh dan YB Adam Adli atas sumbangan serta komitmen sepanjang menerajui KBS.

MBM kekal komited untuk menjadi rakan kolaborasi yang kritikal tetapi konstruktif demi memastikan kepentingan belia terus dipelihara.

Belia Bertindak demi Keadilan dan Kebenaran

Menggerak Belia!

MOHD IZZAT AFIFI HJ ABDUL HAMID

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 17 Disember 2025

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »