MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Rakam Let’s Talk ASEAN di Jakarta

JAKARTA | 30 Jun 2025 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan sesi rakaman Let’s Talk ASEAN yang berlangsung di Menara Mayapada, Jakarta, Indonesia.

Rakaman ini menampilkan tokoh diplomatik serantau, Dr. Dino Patti Djalal, Pengasas dan Pengerusi Foreign Policy Community of Indonesia (FPCI). Dalam sesi tersebut, beliau berkongsi pandangan mendalam mengenai peranan strategik belia dalam landskap geopolitik dan dasar luar ASEAN.

Sesi wawancara telah dikendalikan oleh Hasinah sebagai moderator, merangkumi pelbagai topik seperti cabaran serantau semasa, kerjasama antara negara-negara ASEAN, serta peranan belia ASEAN dalam rantau Asia Tenggara.

Rakaman ini dijadualkan untuk siaran pada Ogos depan sempena sambutan Hari ASEAN. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan MBM untuk memperkukuh suara serta penglibatan belia dalam wacana dasar serantau, di samping memperluas jaringan kerjasama strategik antara belia ASEAN.

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”

Let’s Talk ASEAN goes to Jakarta

JAKARTA | 30 June 2025 – The Malaysian Youth Council (MBM) recording an episode of Let’s Talk ASEAN at Mayapada Tower, Jakarta, Indonesia.

This special episode features renowned diplomat, Dr. Dino Patti Djalal, Founder and Chairman of Foreign Policy Community of Indonesia (FPCI). During the session, Dr. Dino shared his perspectives and insight the role of the youth in the geopolitical landscape and ASEAN’s foreign policy.

The recording was moderated by Hasinah and covered topics such as regional challenges, cooperation among ASEAN countries, as well as the role of ASEAN youth in the region.

The recording is scheduled for release in August to commemorate ASEAN Day (August 😎. This marks MBM’s continuous commitment in strengthening the youth involvement in the narrative of the region’s policy, as well as expanding strategic cooperative framework among the ASEAN youth.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »