MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Rai Geng Motor Belia Kedah

KULIM 3 Jan – Meskipun bahang di Kulim Hi-Tech Park membara, ia sedikit pun tidak melunturkan adrenalin ribuan anak muda yang membanjiri Kedah Drag Racing Jamboree 2025.

​Acara yang berlangsung selama dua hari sempena Karnival Sukan Bermotor Test N Tune itu menyaksikan seramai 200 peserta mempertaruhkan jentera masing-masing dalam pertempuran kelajuan dan kemahiran teknikal yang cukup sengit.

Pemenang mutlak bakal membawa misi besar mewakili negara ke Buriram Circuit, Thailand bagi menyertai kejohanan berprestij Asean Super Fast.

Program anjuran MUSC dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) ini merupakan langkah proaktif dalam menyantuni belia komuniti permotoran yang sering dikait dengan imej negatif.

Melalui platform ini, minat anak muda disalurkan ke arah aktiviti yang lebih profesional, berdisiplin, dan selamat.

​Hadir menyempurnakan sesi flag-off, Exco MBM, Sdr. Amar Abdul Jalil menegaskan bahawa platform sukan bermotor adalah medan terbaik untuk anak muda mencabar potensi diri.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »