MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Perkasa Kepimpinan Mahasiswa MMU Menerusi FAC Nexus Dialogue & Awards 2025

CYBERJAYA 15 Dis – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Fakulti Komunikasi Gunaan (FAC), Multimedia University (MMU) telah menganjurkan program FAC Nexus Dialogue & Awards 2025 sempena inisiatif Campus ReachOut @ MMU bagi memperkasa kepimpinan dan penglibatan aktif mahasiswa.

Program ini menampilkan forum “Nexus Dialogue: Redefining Youth, Reshaping Democracy” yang membincangkan peranan belia dalam demokrasi, termasuk isu Undi18 dan literasi politik.

Program turut dihadiri oleh Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, serta Encik Azham, Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi Gunaan MMU.

Turut berlangsung ialah MBM Nexus Awards, pelantikan FAC Student Ambassadors dan penubuhan FAC Leaders Council sebagai pengiktirafan kepada mahasiswa FAC yang berdaya kepimpinan.

Program yang menghimpunkan kira-kira 100 orang mahasiswa ini diakhiri dengan sesi jaringan santai bagi mengukuhkan kerjasama antara MBM, pihak fakulti dan belia kampus.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »