Majlis Belia Malaysia (MBM) mengecam peningkatan ketenteraan di Asia Barat yang melibatkan tindakan oleh Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran serta tindak balas susulan.
Perkembangan ini berisiko menggugat keamanan dan keselamatan serantau serta kestabilan ekonomi antarabangsa.
MBM menegaskan bahawa semua negara mesti mematuhi undang-undang antarabangsa dan prinsip yang termaktub dalam United Nations serta Piagamnya, termasuk larangan penggunaan kekerasan terhadap pencabulan kedaulatan dan kemerdekaan sesebuah negara.
Sehubungan itu, MBM menyeru penghentian segera permusuhan dan langkah nyah-eskalasi bagi mengelakkan konflik yang lebih meluas dengan kesan serius terhadap orang awam dan kestabilan rantau.
Dalam masa yang sama, MBM menyarankan Kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra untuk mengambil langkah proaktif memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas, termasuk mempertimbangkan pelaksanaan pelan pemindahan sekiranya keadaan keselamatan terus meruncing.
MBM menggesa semua pihak kembali ke meja rundingan dan mengutamakan penyelesaian damai selaras dengan undang-undang antarabangsa.
MOHD IZZAT AFIFI HJ. ABDUL HAMID
PRESIDEN
MAJLIS BELIA MALAYSIA
Bertarikh : 1 Mac 2026
+++++++++++++++++++++++++++++++
MBM : Stop The Middle East Escalation Now
Majlis Belia Malaysia (MBM) strongly condemns the latest military escalation in Middle East involving actions by the United States and Israel against Iran, and the subsequent retaliation.
This growing confrontation is not a small issue. It risks destabilising regional peace, disrupting global economic stability, and dragging more innocent civilians into unnecessary suffering.
MBM firmly stresses that all nations must respect international law and uphold the principles enshrined in the United Nations Charter, particularly the prohibition against the use of force that violates the sovereignty and independence of any state. No country is above international norms.
We therefore call for an immediate ceasefire and urgent de-escalation measures to prevent a wider regional conflict with far-reaching humanitarian and geopolitical consequences.
At the same time, MBM urges the Government of Malaysia, through Wisma Putra, to take proactive steps to safeguard Malaysians in affected areas, including activating evacuation plans should the security situation deteriorate further.
The world does not need another prolonged war. MBM calls on all parties to return to the negotiating table and prioritise peaceful resolution in accordance with international law.
MOHD IZZAT AFIFI HJ. ABDUL HAMID
PRESIDENT
MALAYSIAN YOUTH COUNCIL
Date : 1st March 2026