Dalam Talian | 25 April 2025 – Dalam usaha memperkasa golongan muda dengan kemahiran digital masa hadapan, satu sesi interaktif bertajuk “Belia Sedia.AI: Dari Zero ke Hero bersama Microsoft Co-Pilot” telah diadakan secara dalam talian melalui Zoom dengan penyertaan seramai 45 orang peserta.
Program tersebut berlangsung selama dua jam bertujuan memperkenalkan asas Artificial Intelligence (AI) dengan pendekatan yang mudah, menyeronokkan, dan praktikal. Program ini menekankan penggunaan Microsoft Co-Pilot sebagai alat yang membantu dalam urusan kerja, pembelajaran, serta aktiviti kreatif harian – tanpa memerlukan latar belakang teknikal yang mendalam.
Sesi ini menampilkan Puan Morna Ong daripada Pepper Labs sebagai penceramah jemputan yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang teknologi dan AI, beliau telah membimbing peserta melalui pelbagai pendedahan menarik .
Program ini merangkumi penerangan asas tentang konsep AI dan fungsi Microsoft Co-Pilot, demonstrasi langsung aplikasi AI dalam tugasan harian, pembelajaran dan pengurusan kerja, perkongsian tips serta teknik mudah mengintegrasikan AI dalam kehidupan seharian, serta sesi soal jawab terbuka bersama penceramah.
Menurut Puan Morna Ong , AI kini bukan lagi teknologi masa depan, tetapi sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian. “Belia perlu bersedia dari sekarang untuk menjadi pengguna teknologi yang bijak. Melaui pengunaan Microsoft Co-Pilot, banyak tugasan harian boleh dipermudahkan dan produktiviti dapat dipertingkatkan.
Turut sama Exco MBM Sdr Eow Shiang Yen, Sdr. Sivanesan Tamil dan Dr Loshseni Gunasegaran.
Penganjuran ini merupakan salah satu inisiatif Jawatankuasa Khas Sain, Teknologi Digital dan Kelestarian Alam Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Pepper Labs dalam memperluaskan literasi AI di kalangan masyarakat umum, terutamanya golongan belia, agar mereka lebih bersedia menghadapi keperluan pasaran kerja dan cabaran digital masa hadapan.


