Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai World Youth Development Forum (WYDF) yang telah berlangsung pada 14 hingga 17 Julai 2025 di Suzhou, Shanghai, China, sebuah forum rasmi peringkat tinggi global yang menghimpunkan lebih 100 buah negara bagi membincangkan peranan belia dalam pembangunan global di bawah tema tahun ini: “Unleash Youth Potential for Global Development.”
Delegasi MBM diketuai oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid, Presiden MBM, bersama Setiausaha Agung Committee for ASEAN Youth Cooperation (CAYC), Sdr. Mohd Zaidi Aziz, serta dua sekretariat MBM, Sdri. Bibi Zaleha dan Sdr. Muhammad Syahmi Shamsudin.
Forum ini menjadi medan penting bagi Malaysia menampilkan komitmen serta pandangan strategik belia negara di peringkat global. Beberapa penglibatan utama termasuk:
Ucapan utama oleh Setiausaha Agung CAYC dalam Thematic Forum 1, menyampaikan gagasan belia ASEAN dalam membentuk agenda pembangunan inklusif
Penyertaan Presiden MBM sebagai panel jemputan antarabangsa bagi Green Consumption & Sustainable Development Forum, mengetengahkan pendekatan Malaysia dalam kelestarian yang digerakkan oleh anak muda
Pertemuan dua hala MBM bersama rakan strategik antarabangsa, termasuk National Youth Council Singapore dan Deputy Head of the Federal Agency for Youth Affairs Russia, untuk memperkukuh rangka kerjasama serantau dan antarabangsa dalam bidang dasar belia.
MBM kekal komited membawa suara dan aspirasi anak muda Malaysia ke peringkat antarabangsa, seiring dengan matlamat memperkukuh peranan belia sebagai pemangkin pembangunan mampan, inovatif dan berwawasan global.








