TAPAH 20 Ogos- Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan Program Belia Prihatin Orang Asli Lestari bertempat di Kampung Jentong, Trolak. Pelbagai aktiviti diadakan, antaranya, aktiviti mewarna kanak-kanak, bengkel solekan dan tatarias bersama beliawanis, bengkel belajar gunting rambut, aktiviti sukaneka kanak-kanak, sepak raga bulat dan sukaneka dewasa.
Hadiah disampaikan oleh Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha. Beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada Tok Batin Kg Jentong atas kerjasama dan sokongan menjayakan program ini.
Hadir sama Pengarah Pusat Belia Antarabangsa, Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden Majlis Belia Negeri Perak, Sdr. Aswanuddin Harifuddin, Presiden Majlis Belia Orang Asli, Sdr.Clive Allen, Tok Batin Kg. Jentong, Naib Presiden MBM, Sdr. Lim Swee Bok, SetiausahaAgung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Ketua Penerangan MBM Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah dan Exco MBM, Sdr. Ahmad Shah Mohamad Salleh.






























