MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM MENGIMBAU SUMBANGAN YAYASAN ANDA AKADEMIK

Kuala Lumpur, 11 Januari 2020 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah terlibat dalam program “Bicara Ilmu: Hari Ini Dalam Sejarah, Pengkisahan YAA”. Program ini adalah anjuran Biro Pendidikan dan Biro Rekod Dan Dokumentasi PAYAAM, wakil MBM telah dijemput hadir sebagai peserta. Program ini telah menampilkan bekas Pengetua Yayasan Anda Akademik (YAA) iaitu Hj. Abdul Malik Kusnin dan bekas guru-guru YAA iaitu Dato’ Roslan Kassim, Dr. Azilah Wahid dan Salikon Sarpin.

Sehingga kini masih tiada sebarang bahan bercetak rasmi yang telah diterbitkan untuk merekodkan kisah-kisah penubuhan, perkembangan dan penutupan YAA. Justeru program ini diadakan sebagai langkah pertama ke arah menghidupkan kembali persejarahan YAA yang telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh korporat dan politik di Malaysia. Sepanjang program ini berlangsung, nama Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tajuk utama kepada persejarahan YAA. Tokoh politik dan korporat yang dilahirkan oleh YAA tanpa mengira latar belakang senada dalam mengaitkan perkembangan YAA dengan jasa bekas guru YAA iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Alumni YAA juga telah menubuhkan sebuah persatuan khas kepada semua alumni YAA, persatuan ini dalam gerak kerja untuk menghimpunkan semula kesemua bekas pelajar YAA. Perancangan masa hadapan persatuan alumni YAA adalah untuk menghidupkan kembali YAA, MBM telah dijemput untuk turut serta dalam gerak kerja persatuan alumni YAA.

MOHD. FAUZI B FADZIL
Felo Penyelidik, Pejabat Presiden, Majlis Belia Malaysia

Image may contain: one or more people

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »