MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Mengadakan Pertemuan Bersama Kedutaan Filipina

Kuala Lumpur | 16 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan pertemuan rasmi dengan Kedutaan Filipina, yang diwakili oleh Mrs. Kara Denise selaku Third Secretary and Vice Consul.

Pertemuan ini bertujuan membincangkan pelaksanaan program Let’s Talk ASEAN, sebuah siri podcast berbentuk semi-formal yang akan menampilkan duta-duta besar negara ASEAN yang berkhidmat di Malaysia. Program ini dijangka menjadi platform perbincangan santai tetapi bermakna dalam memperkukuhkan hubungan diplomasi belia serantau.

MBM turut merakamkan penghargaan kepada Kedutaan Filipina atas sokongan terhadap inisiatif ini. Siri podcast Let’s Talk ASEAN bakal dilancarkan secara rasmi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 14 Januari 2025 dengan kerjasama strategik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Puan Hasnoor Shima dan Sdr. Adib, mewakili Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM.

Selain itu, perbincangan juga melibatkan pelaksanaan program Colors of ASEAN, yang merupakan program flagship MBM. Program ini dirancang untuk direjuvenasi sebagai sebahagian daripada inisiatif belia menjelang Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun 2025.

Turut hadir mewakili MBM ialah Sdri. Hasinah dan Sdr. Muhammad Syahmi Shamsudin yang memberikan input berharga untuk memastikan kejayaan program-program ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »