BALING 15 Julai – Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK) bersama-sama Majlis Belia Malaysia (MBM) serta Syarikat Empayar Panglima telah menggerakkan pasukan sukarelawan bagi menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir sekitar kawasan Baling.
Sumbangan disampaikan berbentuk makanan asas, alat mandian, selimut, toto, susu kanak-kanak dan pakaian diagihkan kepada penduduk di Kampung Bok Bak, Kampung Padang dan Kampung Sadek.
Terima kasih kepada semua penyumbang!