PUTRAJAYA 28 Jan – Perbincangan susulan bersama Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek telah membincangkan beberapa perkara terutamanya menawarkan khidmat sokongan kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) dan kerjasama dalam menyokong agenda memperkasa nilai Karamah Insaniah yang digagaskan oleh YB Menteri antaranya;
Generasi Madani – MBM diberi untuk bersama menjalankan program di sekolah;
MyVOC X Kolej Vokasional – Memperkasa aktiviti kesukarelawan bencana bersama kepakaran kolej; dan
Jom Masuk Persatuan Belia – Kempen mempergiat belia awal menyertai pertubuhan belia sebagai salah satu medan memperkasa bakat dan membantu karakter.
Hadir mengetuai delegasi MBM ialah Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid, Presiden MBM bersama barisan kepimpinan baharu.
Terima kasih YB atas ruang yang diberikan kepada MBM untuk berganding bahu menjalankan pembangunan bakat di peringkat sekolah.







