MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Masuk Sekolah: Generasi Madani Bermula di Klang

Selangor | 18 Februari – Pertemuan rasmi antara Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang membuka ruang kerjasama strategik bagi memperkasakan pelajar sekolah dalam pelbagai aspek pembangunan diri dan kepimpinan.

Pertemuan tersebut disambut oleh Pegawai Pendidikan Daerah Klang, Encik Abdul Rahim bin Khalid, bersama para pegawai PPD Klang.

Menghadiri pertemuan tersebut ialah Naib Presiden MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, bersama barisan Exco MBM iaitu Sdr. Eow Shiang Yen, Sdr. Sivanesan Tamil Selvan, dan Sdr. Nuriffah Atiqah Ismail.

Perbincangan memfokuskan kepada empat cadangan utama, termasuk permohonan dana bersama untuk Program Kem MOSTI yang bertujuan meningkatkan minat pelajar luar bandar dalam bidang STEM.

Selain itu, MBM turut mencadangkan Program Generasi MADANI bagi melatih kepimpinan pelajar, penglibatan Majlis Belia Daerah Klang dalam Program PIBKS untuk memperkasakan peranan komuniti dalam pendidikan, serta pendedahan pelajar terhadap peluang belia berpersatuan dan pertukaran antarabangsa.

Kerjasama ini dijangka memberi manfaat besar kepada pelajar sekolah dalam membentuk generasi masa depan yang lebih berdaya saing dan berwawasan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »