Ampang, 24 Mei 2011 – Majlis Belia Malaysia (MBM) melahirkan rasa sedih di atas apa yang telah berlaku kepada mangsa-mangsa dari Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat pada Sabtu lepas. Walaupun kejadian tersebut telah berlalu beberapa hari yang lepas, tetapi suasana muram masih lagi menyelubungi Aras 5, Wad Hospital Ampang. Perasaan sedih ini turut dikongsi bersama oleh Presiden MBM dan beberapa exco MBM bersama pemimpin badan gabungan iaitu dari Persatuan Asrama Belia dan 4B Malaysia ketika mengadakan lawatan ke Wad tersebut petang tadi. Bagi meringankan kesedihan mangsa dan keluarga, MBM menyumbangkan bantuan kilat. MBM juga akan mengadakan lawatan susulan ke tempat kejadian dan akan mendapatkan laporan kejadian daripada sukarelawan MBM yang turut sama membantu ketika kejadian tersebut.