KUALA LUMPUR 14 Mei – Penolong Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Syafiq Ridzwan telah hadir memenuhi undangan i-LEAD bagi berkongsi pengalaman sebagai penggerak pertubuhan belia bersama 120 orang peserta MFLS Tier 3 di Pusat Belia Antarabangsa di sini.
Sdr. Syafiq berkongsi pendedahan tentang fungsi dan peranan gerakan belia serta menggalak dan mendorong agar peserta-peserta terlibat aktif dalam aktiviti berpesatuan dan sukarelawan.
MFLS Tier 3 adalah inisiatif untuk membentuk anak muda melakukan kemajuan inovasi serta menjadi pemangkin perubahan negara di masa hadapan. MFLS ini bukan sekadar tempat untuk belajar, tetapi satu pentas buat anak muda untuk mengasah bakat, memperluaskan pemahaman, dan menjadi inspirasi bagi melakukan yang terbaik buat negara
Turut hadir berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang kepimpinan masing-masing adalah Prof. Dr. Muhammad Zainiy Uthman, Pensyarah Pusat Kajian Tinggi Islam Sains dan Peradaban (CASIS), Dr. Soo Wincci dan Datuk Lokman Halim Ali, KSU Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.