Kuala Lumpur | 26 Julai – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyampaikan perkongsian kepada pelajar daripada Thiagarajar School of Management (TSM) Madurai, India. Program berlangsung di Saito University College.
Dalam sesi perkongsian tersebut, beliau telah berkongsi pelbagai perkara antaranya mengenai cabaran belia Malaysia dalam beberapa aspek seperti politik, ekonomi, sosial dan teknologi yang makin berubah.
Turut dikongsikan adalah mengenai kumpulan belia dan kategori belia yang menjadi fokus utama MBM.