MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM kongsi aktivisme dan kepimpinan bersama pelajar matrikulasi

TANGKAK 12 Okt – Team Majlis Belia Malaysia (MBM) berkongsi berkenaan Aktivisme, Kepimpinan dan Kesejahteraan Diri bagi Slot Bicara Generasi MADANI Tanggungjawab Pelajar dalam Program Matrikulasi di Dewan Sri Ledang, Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak.

Sesi diketuai oleh Dr. Syafiqah Abdul Rahim, Penyelidik MBM bersama Exco MBM, Sdri. Jessy Ng Chor Eng; Pegawai Biro Antarabangsa MBM, Puan Bibi Zaleha dan Sdri. Alimah Jasni ini turut menekankan elemen kolaborasi, sosial, kesejahteraan fizikal dan kesihatan mental dalam tanggungjawab pelajar matrikulasi sebagai pemimpin muda.

Seramai 528 orang pelajar mengikuti Kursus Kepimpinan Generasi Madani Program Matrikulasi KPM Tahun 2024 ini. Peserta terdiri daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan juga pemimpin pelajar yang khusus kepada akademik iaitu Peer Assisted Learning Leader (PAR) di matrikulasi seluruh negara.

Terima kasih Kementerian Pendidikan Malaysia atas jemputan untuk mendedahkan pelajar berkenaan tanggungjawab mereka dalam aktivisme, kepimpinan dan kesejahteraan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »