DENGKIL 7 Disember – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi turut sama hadir menjayakan Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 yang bertujuan meraikan dan menyemarakkan semangat kesukarelaan dalam kalangan belia Malaysia anjuran Kementerian Belia dan Sukan.
Program yang berlangsung di Paya Indah Wetland, Dengkil ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abdul Halim.
MBM turut mengadakan beberapa pengisian program sempena sambutan ini seperti Persidangan Sukarelawan Belia Siswa Kebangsaan 2024, Bengkel kemahiran high rope, Bicara Alam dan Akustik, Menanam Pokok dan Perkhemahan.
Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Azura Abidin, Exco MBM, Sdr. Ibnu Rasyeed Mat Isa, pegawai dan pengurusan Kementerian Belia dan Sukan.
Terima kasih kepada semua penggerak sukarelawan!