PUTRAJAYA 22 Julai – Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Industri Kreatif Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Dr. Christina Yeo Ken Yin, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa Kebudayaan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di Menara MOTAC.
Delegasi MBM diketuai oleh Sdr. Dhanesh Basil, Naib Presiden MBM merangkap Pengerusi Jawatankuasa berkenaan, turut disertai oleh Sdr. Nor Syawaluddin Abdul Malek, Exco MBM, Sdr. Alif, Ahli Jawatankuasa dan Puan Bibi Zaleha, Pegawai Antarabangsa MBM.
Pertemuan ini membuka ruang dialog yang konstruktif dalam usaha meningkatkan penglibatan belia dalam sektor pelancongan dan budaya, khususnya menerusi pelaksanaan program bersama antara MBM dan MOTAC.
Antara agenda utama yang dibincangkan termasuklah potensi kerjasama program pelancongan komuniti, pendedahan seni dan budaya kepada generasi muda, serta penglibatan belia dalam inisiatif diplomasi budaya peringkat antarabangsa.
MBM optimis bahawa sinergi strategik bersama MOTAC mampu memperkasa naratif belia sebagai ejen perubahan dalam sektor pelancongan dan industri kreatif negara.




