MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Jadi Ejen Pembangunan Usahawan Belia

KUALA LUMPUR 15 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Biro Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin di pejabat beliau.

Pertemuan yang diketuai Exco MBM, Sdr. Syed Osman Mohamed ini membincangkan program-program pembangunan usahawan belia dan ruang kerjasama yang boleh dijalinkan bersama kementerian dan agensi dibawahnya.YB Menteri menyarankan agar MBM menjadi agen kepada keusahawanan belia memandangkan MBM rapat dengan belia akar umbi.

“Banyak produk-produk usahawan belia boleh diluaskan dengan penglibatan agensi-agensi di bawah kementerian ini”, ujar beliau.

Beliau juga memuji inisiatif MBM dalam membantu kerajaan mencipta peluang pekerjaan ketika era Covid-19 ketika ini.

Hadir sama Exco MBM, Sdri. Nur Liana Mohamad, Sdr. Mohamed Nazri Abdul Latif dan Ketua Aktivis Pejabat Presiden MBM, Sdr. Fahami Ashrof Badaruddin.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »