KUALA LUMPUR 24 Feb – Sidang Kemuncak Belia Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Serantau telah dirasmikan dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.
Dianjurkan secara bersama oleh Non-Aligned Movement Youth Organisation (NAMYO) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) bermatlamat untuk menjadi platform dalam memperkukuhkan kerjasama serantau serta memperkasakan peranan belia dalam isu-isu global.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Adam Adli, yang merasmikan persidangan ini menekankan dalam ucapannya akan kepentingan peranan belia dalam hal ehwal sedunia khususnya dalam isu menangani cabaran perubahan iklim dan kerencamna hubungan diplomatik serantau.
Turut hadir, Presiden MBM, Sde. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dan Pengerusi NAMYO, Ms. Leyla Hasanova, yang menyampaikan ucapan pembukaan mengenai matlamat dan aspirasi gerakan belia ini.
Acara ini menghimpunkan lebih 200 peserta dari 17 negara, termasuk wakil-wakil dari Azerbaijan, Bangladesh, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Sepanjang sidang kemuncak ini, pelbagai perbincangan dan sesi perkongsian ilmu diadakan bagi mengukuhkan kerjasama serantau serta memperkasakan belia dalam menghadapi cabaran global.
Sidang kemuncak ini menjadi platform penting dalam usaha mengukuhkan kedudukan NAMYO di peringkat antarabangsa serta merapatkan hubungan antara belia ASEAN dan negara-negara serantau lain.
………………………………….
MBM hosts NAM Youth Summit: 200 Youth from around the world gather in Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, February 24 – The Regional Non-Aligned Movement (NAM) Youth Summit was officially inaugurated with great enthusiasm today at Tun Dr. Ismail Hall, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).
Organized by the Non-Aligned Movement Youth Organisation (NAMYO) and the Malaysian Youth Council (MYC), the event serves as a platform to strengthen regional cooperation and empower youth in addressing global issues.
The opening ceremony was officiated by Malaysia’s Deputy Minister of Youth and Sports, YB Adam Adli, who emphasized the crucial role of youth in addressing challenges such as climate change and regional diplomacy.
Also present were MYC President Mohd. Izzat Afifi bin Hj. Abdul Hamid and NAMYO Chairperson Ms. Leyla Hasanova, both of whom delivered opening speeches outlining the youth movement’s goals and aspirations.
The event brought together over 200 participants from 17 countries, including representatives from Azerbaijan, Bangladesh, Indonesia, Malaysia, and Thailand. Throughout the summit, various discussions and knowledge-sharing sessions were held to enhance regional cooperation and empower youth in addressing global challenges.
The ceremony also present tokens of appreciation to distinguished guests, followed by a luncheon. This summit is expected to serve as a vital platform in strengthening NAMYO’s international standing and fostering closer ties among ASEAN youth and other regional nations.

































