MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Hadiri Sidang Meja Bulat Pendidikan Politik Anak Muda

Kuala Lumpur | 18 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Sidang Meja Bulat Pendidikan Politik Anak Muda yang dipengerusikan oleh YB Afnan Hamimi bin Dato’ Taib Azamudden, Ahli Parlimen Alor Setar bertempat di Bangunan Parlimen.

Hadir menyampaikan pembentangan, Sdr. Mohd Izzat Afifi bin Abd Hamid ; Presiden MBM dan Prof Dr Kartini binti Aboo Talib, Penyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Turut hadir dalam sidang meja bulat tersebut, YB Dr. Siti Mastura binti Muhammad ; Ahli Parlimen Kepala Batas, YB Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas ; Ahli Parlimen Mersing dan YB Tuan Fathul Huzir bin Ayob ; Ahli Parlimen Gerik.

Sidang meja bulat ini diadakan bagi membincangkan mengenai cabaran keterlibatan anak muda dalam politik dan menyediakan solusi yang tuntas untuk melahirkan anak muda yang mempunyai kesedaran untuk berpartisipasi dalam politik.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »