MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM hadiri sesi “In Conversation” YB Menteri Belia dan Sukan Bersama BSMM

KUALA LUMPUR 19 Ogos – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah menghadiri sesi “In Conversation” YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Bersama Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) di Ibu Pejabat Kebangsaan BSMM.

Program sempena Sambutan Ulang Tahun BSMM ke-75 ini disertai lebih 300 peserta terdiri daripada ahli belia BSMM, St. John Ambulans, Persatuan Pengakap Malaysia dan Rakan Muda.

Acara ini bertujuan memberi pemahaman mengenai peranan mereka dalam menyumbang ke arah pencapaian “Matlamat Pembangunan Lestari” (SDG), selaras dengan Strategi BSMM 2030.

Hadir bersama, Pengerusi Kebangsaan BSMM, Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »