Johor | 15 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Program Sumbangan Bantuan Hari Raya dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Asnaf di Masjid Al Mashur, Kampung Gombak, Batu Pahat.
Hadir menyempurnakan majlis tersebut, YB Mohd Fared Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor merangkap ADUN Semerah.
Turut hadir, Sdr. Faiz Shuhaimi, Exco MBM dan YB Aznan Tamin, Presiden Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ).
Dalam majlis itu juga, MBM telah menyerahkan sumbangan kit solat dari Yayasan Ammirul Ummah kepada MBNJ untuk disampaikan kepada asnaf dalam majlis tersebut.
Selain itu, MBM turut bersama dengan MBNJ menyampaikan sumbang kit ini ke rumah mangsa banjir yang terkesan sebelum ini.