Perak | 29 September – Destinasi terakhir pada hari ketiga Majlis Belia Malaysia (MBM) ke utara telah mengunjungi program Reach Out Majlis Belia Daerah (MBD) & Community iaitu MBD Gerik di Dewan Semai Bakti Felda Lawin Selatan dan kemudiannya singgah bersama MBD Larut Matang bertemu belia serta masyarakat setempat di Dewan Masjid Jamek Kampung Boyan.
Hadir merasmikan program bersama MBD Gerik, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Haji Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong.
Siri Jelajah kali ini Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid; Presiden MBM, Sdr. Syed Osman; Naib Presiden MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun; Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Ibnu Isa, Exco MBM.
Menyambut ketibaan pimpinan MBM, Sdr. Abdul Halim Mohd Ramlan; Pengerusi MBD Gerik dan Sdr. Syazwan Zaiharin ; Pengerusi MBD Larut Matang.
Turut serta Encik Khairul Anuar, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gerik dan Encik Khairudin; Pegawai Belia dan Sukan Daerah Larut Matang.
Antara pengisian aktiviti pada program tersebut ialah senamrobik, perkongsian daripada ikon komuniti, persembahan pancaragam, sukaneka serta banyak lagi.
Selain itu, turut diadakan booth pameran, Jom masuk persatuan belia, peluang menyambung pengajian bersama MAHSA University, pemeriksaan kesihatan dan beberapa pameran yang lain.
Reach Out Majlis Belia Daerah (MBD) & Community ini menampilkan penglibatan belia dari seluruh negara, bertujuan memperkasakan komuniti melalui pelbagai aktiviti dibawah Rakan Muda dalam segmen Rakan Ekspresi.
Penganjuran program ini merupakan sokongan dan kerjasama yang hebat daripada Kementerian Belia dan Sukan, Chery Malaysia dan Belia Mahir.