Selangor | 23 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri “OIC-CA International Seminar 2024 Intercultural Dynamics in South East Asia: Current State, Opportunities and Future Perspectives“ bertempat di Dewan Senate Universiti Islam Antarabangsa (UIA),Gombak.
Ucaptama perasmian telah disampaikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Timbalan Menteri Agama.
Hadir sebagai speaker dalam seminar tersebut, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM.
Presiden MBM telah berkongsi mengenai pengalaman Malaysia khusunya MBM dalam menjadi agen penyatuan masyarakat berbilang agama dan budaya melalui Jawatankuasa Tetap Perpaduan di dalam MBM serta penganjuran pelbagai program.
Turut serta, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.
Seminar tersebut bertemakan “Cultivating Wisdom, Inspiring Excellence and Shaping the Futures”.