Ayer Keroh | 29 Julai – Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Mohd Ismail Mahyuddin telah mewakili MBM ke Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Melaka, Sidang II Penggal ke-33 Tahun 2021-2022 di Hotel Mudzaffar.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato Seri Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka.
Sebanyak 8 usul yang diutarakan dalam MPBN ini diangkat ke peringkat Kementerian berkaitan.
Semoga MPBN ini terus menjadi platform terbaik membawa suara anak muda terus ke peringkat agensi, kerajaan, negeri dan negara.
Hadir sama YB Shanmugam Shan, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka, Encik Khairul Adri Dato’ Rosli, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, YB Datuk Senator Mohd Ridhwan Mohd Ali dan barisan kepimpinan Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM).