Kelantan | 3 – 4 Januari – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah turut serta dalam Bantuan Pasca Banjir Sekretariat Belia Bantu Banjir Kelantan di enam buah daerah iaitu Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat.
Program tersebut digerakkan oleh Majlis Gabungan Belia Kelantan (MGBK) melalui kerjasama MBM dan MyFundAction dengan mengagihkan sebanyak 300 pek makanan kering, Kit pembersihan kendiri dan peralatan elektrik.
Turut serta pimpinan MBM dalam program tersebut, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abd Hamid ; Presiden, Sdr. Hasnul Hanif Harun ; Setiausaha Agung, Sdr. Izham Ahmad ; Bendahari Kehormat dan Sdr. Faiz Shuhaimi ; Exco.
Hadir sama Sdr. Mohd Syahiran; Presiden MGBK serta barisan jawatankuasanya dan sukarelawan belia negeri Kelantan.
Terima kasih kepada MyFundAction, MGBK dan para sukarelawan yang bersama-sama dalam menggerakkan program ini.