PUCHONG 18 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Kesukarelaan dan Belia Mahir telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Rakan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri (NADMA) bertempat di Markas SMART NADMA Pulau Meranti, Puchong.
Sdr. Mohd Firdaus Baharuddin hadir mewakili Pengerusi Jawatankuasa Kesukarelaan dan Belia Mahir ke mesyuarat ini.
Pada mesyuarat ini, MBM ditempatkan di dalam Jawatankuasa Kerja Pembangunan Kapasiti dan Kepakaran di bawah kelolaan NADMA bagi berkongsi kepakaran ke arah pemantapan Rakan NADMA. Selain itu ia bertujuan memperkasa pelan pembentukan pengurusan risiko bencana setempat serta perancangan persiapan ke arah Konvensyen Rakan NADMA yang dijadualkan pada Oktober 2024.
MBM menyambut baik inisiatif yang dibawa oleh NADMA dan percaya ianya mampu memberikan impak yang mendalam khususnya dalam kesiapsiagaan negara menghadapi bencana secara lebih terancang dan sistematik.