MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Hadiri Malam Gemilang Alumni dan Industri 2024

Kuala Lumpur | 14 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Malam Gemilang Alumni dan Industri 2024 anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) di World Trade Centre.

Majlis diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam.

Mewakili MBM dalam majlis tersebut, Sdr. Hasnul Haniff Harun; Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Izham Ahmad ; Bendahari Kehormat MBM.

Turut Hadir YB Mohd Syahbuddin Hashim; Mantan Pengerusi Tetap MBM, Dr Mohamed Maliki Rapiee, Mantan Presiden MBM, Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam Ibrahim; Mantan Naib Presiden MBM dan Sdr. Hafiz ; Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang.

Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk menghimpunkan alumni dan rakan industri bagi mengiktiraf sumbangan signifikan mereka kepada pembangunan universiti sempena ulang tahun ke-55 USM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »