KUALA LUMPUR 31 Mei – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil.
Tuan rumah majlis, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu; Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Seri Ti Lian Ker; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Jana Santhiran Muniayan; Ketua Setiausaha KBS serta pengurusan tertinggi KBS menyambut dan meraikan seluruh tetamu yang hadir dari pelbagai organisasi dan agensi di bawah KBS.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia. Antara pimpinan MBM yang hadir Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM barisan Exco MBM, Dewan Tertinggi dan Badan-badan gabungan MBM.