SEREMBAN 8 Feb – Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) hadir meraikan Majlis Sambutan 60 Tahun Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNNS) yang berlangsung di Klana Resort, Seremban baru-baru ini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Tidak boleh dinafikan, gerakan belia tanah air mempunyai sejarah panjang dan signifikan terhadap sumbangan kepada pembangunan negara sejak era kemerdekaan lagi.
MBM sebagai badan induk belia yang termaktub dalam Akta bagi mewakili suara belia serta badan gabungannya mempunyai peranan dan tanggungjawab penting bagi memastikan legasi dan institusi ini terus diperkasa untuk terus menyumbang kepada kesejahteraan, keharmonian dan kecemerlangan negara.
Tahniah kepimpinan Majlis Belia Negeri Sembilan yang diterajui Sdr. Mohd Fairos Rusli atas penganjuran majlis yang penuh gemilang ini.
Semoga MBNS terus cemerlang di masa-masa kehadapan. Hadir sama Exco Belia dan Sukan Negeri, YB Dato Hj Mustapha Nagoor; Datuk Bandar Seremban, Dato Masri Razali; Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid, Naib Presiden MBM, Sdr. Dhanesh Basil; kepimpinan MBNNS; mantan kepimpinan dan penggiat-penggiat belia negeri ini.
![](https://belia.org.my/wp-content/uploads/2025/02/475179609_18484935322045976_3584516670571196694_n-1024x683.jpg)
![](https://belia.org.my/wp-content/uploads/2025/02/476577067_18484935298045976_5527546865302099835_n-1024x683.jpg)
![](https://belia.org.my/wp-content/uploads/2025/02/476730330_18484935307045976_5594935216558375703_n-1024x683.jpg)
![](https://belia.org.my/wp-content/uploads/2025/02/477152849_18484935289045976_7411755909191384849_n-1024x683.jpg)
![](https://belia.org.my/wp-content/uploads/2025/02/477325358_18484935352045976_7258187427733876070_n-1024x768.jpg)
![](https://belia.org.my/wp-content/uploads/2025/02/477461542_947538864179484_4528062017855014813_n-1024x702.jpg)
![](https://belia.org.my/wp-content/uploads/2025/02/478970836_947538920846145_4932878663294695354_n-1024x768.jpg)